Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BUKIT MERTAJAM – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bakal menganjurkan Kayuhan Hijau MPSP 2012 pada 9 Disember ini di Daerah Seberang Perai Selatan.
Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif baru-baru ini berkata, kayuhan eko-komuniti itu sejauh 20.5 kilometer bermula dari Taman Negeri Bukit Panchor.
“Program ini diadakan demi mendekatkan kita (MPSP) dengan komuniti di Seberang Perai Selatan.
“Kayuhan akan bermula dari Jalan Taman Bukit Negeri melalui Jalan Sungai Kechil. Kita akan berhenti untuk makan dan minum di USM (Unversiti Sains Malaysia) Kampus Kejuruteraan sebelum kembali melalui Jalan Sungai Kechil dan kembali ke Taman Negeri Bukit Panchor,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Penuh di Kompleks MPSP, di sini.
Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud turut sertadalam sidang akhbar itu.
Maimunah berkata, Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow dijadualkan menyempurnakan majlis perlepasan peserta kayuhan tersebut.
“Jadi, kita jemput seluruh warga Seberang Perai khususnya di SPS (Seberang Perai Selatan) untuk menyertai program eko-komuniti ini,” ujar beliau.