SEBERANG JAYA – Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menjalankan Soal Selidik Bajet 2026 untuk mendapatkan idea, pandangan serta cadangan daripada semua pemegang taruh, bagi tujuan menambah baik perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.
Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid mengumumkan perkara itu semasa berucap sempena Mesyuarat Penuh Majlis MBSP Kali Ke-607, Bil. 1/2025 di Menara Bandaraya di sini pada 24 Januari 2025.
Menurutnya lagi, soal selidik tersebut akan dimuat naik ke dalam laman web MBSP iaitu www.mbsp.gov.my mulai 1 Februari hingga 28 Februari 2025.
“MBSP amat berbesar hati dan ingin melibatkan warga Seberang Perai dalam merangka Bajet 2026 bagi memastikan perkhidmatan MBSP memenuhi keperluan warga Seberang Perai.
“Input bajet yang diperolehi akan dianalisa dan dimasukkan dalam penyediaan Bajet 2026,” jelasnya lagi.
Turut serta, Setiausaha Bandaraya, Mohd. Ibrahim Md. Nor, barisan Ahlli Majlis MBSP dan Ketua-Ketua Jabatan bagi PBT berkenaan.
Sebarang pertanyaan, hubungi pegawai terlibat di talian 04-5497462 @ [email protected] (En. Muhamad Afiq Azizi), 04-5497841 @ [email protected] (Pn. Rahida) atau 04-5497890 (Unit Bajet).
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD