Sesi kunjungan hormat SPA ketengah pelaksanaan lantikan kontrak interim

Admin
3cf07a9b 3e3a 428a 89af 0fb75b7c10e6

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani Mohamed Yunus di Komtar sebentar tadi.

652db7e4 bb75 4fd1 b848 42f522cbdaa0
SESI kunjungan hormat delegasi SPA sebentar tadi.

Turut hadir, Setiausaha SPA, Datuk Ikhbal Hanam Mukras; Penolong Setiausaha SPA, Muhammad Afiq Redza Ahmad Phesal dan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan, Mohammad Nasrol Mat Nasir.

Semasa kunjungan tersebut, selain membincangkan beberapa perkara utama berkaitan skop kerja SPA, Ahmad Jailani turut berkesempatan memberi penerangan berkenaan kaedah lantikan kontrak (interim) bagi penjawat awam negeri di Pulau Pinang.

“Sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada Januari lalu, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa mulai tahun 2024.

“Sehubungan itu, penjawat awam di Pulau Pinang juga terbahagi kepada dua iaitu Negeri dan juga Persekutuan di bawah SPA, jika ingin melaksanakan lantikan kontrak (interim), sesi taklimat perlu diadakan terlebih dahulu.

“(Dan) SPA selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) perlu mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa,” ujarnya.

26004759 2d56 4c47 aa10 8557dd0c2792
DR. Ahmad Jailani (kiri) dan Ketua Menteri.

Pada kesempatan itu, Kon Yeow turut menzahirkan penghargaan atas penyertaan pihak berkaitan dalam menggerakkan institusi perjawatan di negeri ini sehingga kini.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT