Sistem PRABN JPS diharap beri maklumat awal paras sungai

e330e20e 0229 4e01 9300 29f4e4a87ba0

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow berharap Program Ramalan Amaran Banjir (PRABN) yang dibangunkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat memberi maklumat awal mengenai amaran paras sungai.

Menurut beliau, menerusi PRABN, JPS dapat menghantar mesej awal kepada agensi-agensi kerajaan lain untuk berada dalam situasi siap siaga.

“Dengan adanya sistem ini, kita dapat membuat pemantauan secara terus bagi memastikan mesej penting dapat dihantar ke lapangan bagi menghadapi kemungkinan banjir, air pasang dan sebagainya.

dec7962b d160 4358 8a75 2933c29e349c

“Ini merupakan satu pembangunan aplikasi teknologi dalam memantau banjir, paras sungai dan lain-lain berkaitan, jadi, saya rasa ia merupakan hala tuju yang baik,” ujarnya ketika melawat bilik gerakan pemantauan JPS Pulau Pinang dekat Komtar di sini sebentar tadi.

f2501284 6721 4950 bc87 dcb1e6e20118

Hadir sama, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari; Pengarah JPS Pulau Pinang, Dato’ Ir. Ts. Mohd. Nazri Yasmin; Timbalan Pengarah (Pembangunan 1) JPS Negeri, Ahmad Kamil Jamaludin dan Timbalan Pengarah (Pembangunan 2) JPS Negeri, Ir. Mohamad Suaimi Ramli.

Mengulas lanjut, Kon Yeow menyatakan bahawa sistem tersebut cuma membantu daripada segi pemantauan.

“Tetapi taburan hujan yang banyak, perkara-perkara semula jadi adalah di luar kawalan kita yang mana teknologi cuma membantu kita mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya harap pengoperasian bilik ini akan dapat membantu agensi-agensi lain, dan kita mahu orang ramai melayari laman web JPS (publicinfobanjir.water.gov.my) untuk maklumat lanjut supaya tindakan di peringkat komuniti mahupun kawasan setempat dapat diambil,” ujarnya lanjut.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT