Skuad taekwondo, boling akhiri kempen Sukma dengan prestasi memberangsangkan

Admin
img 20240821 095059 874

KUCHING – Skuad taekwondo dan tenpin boling mengakhiri kempen sukan berprestij negara, Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 di Sarawak dengan melepas sasaran yang ditetapkan.

Semalam, pertarungan merebut pingat bagi kedua-dua acara tersebut telah melabuhkan tirai yang menyaksikan skuad taekwondo berjaya mengutip satu emas, dua perak dan tiga gangsa.

img 20240821 095110 922

Pingat emas skuad taekwondo hadir menerusi S. Thasha yang mengungguli kategori kyorugi fly weight (w) tidak melebihi 49 kilogram (kg) menewaskan lawan dari Selangor.

Dua pingat perak skuad taekwondo disumbangkan oleh Yow Mei Yee dalam acara poomsae individu wanita dan Yap Pui Teng, manakala pingat gangsa diraih menerusi gandingan Mei Yee dan Tan Zhen Hao serta Yeo Mei Xin, Loh Wei Yee dan Soo Wei Shan dalam kategori poomsae berkumpulan.

Sementara itu, Megalanes E-mart turut menghadirkan kegembiraan kepada skuad boling apabila Mohammad Zuhairi Zailani berjaya meraih satu lagi pingat gangsa dalam acara Master Lelaki yang menutup tirai semalam.

img 20240821 095133 711

Terdahulu, skuad tenpin boling telah menyumbangkan dua pingat menerusi acara berpasukan lelaki dan trio lelaki manakala dua pingat bangsa dalam acara beregu campuran serta beregu lelaki.

Tahniah diucapkan kepada skuad taekwondo kerana telah melepasi sasaran kutipan pingat dalam temasya Sukma kali ini.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MSNPP