SMJK Jit Sin, SJKC Min Sin juara kawad kaki 2024 Pulau Pinang

482d39c1 2e66 48f2 8c25 af31331a9efe 明新小学在槟州红新月会步操比赛中,分别夺得小学组冠军及季军,大唱丰收,站者中为教练洪益凡老师。

BERAPIT – Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin muncul sebagai juara Kategori Sekolah Menengah dalam Pertandingan Kawad Kaki 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang, anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Pulau Pinang di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam dekat sini pada 28 Disember 2024.

286e559c 458b 4f27 b874 df296e211c07

Lebih manis, SMJK Jit Sin berjaya mengetepikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Damai yang mendapat pada kedudukan naib johan, sementara tempat ketiga adalah SMK Bagan Jaya.

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Sin pasukan lelaki muncul sebagai juara, diikuti SJKC Chung Hwa 3 di kedudukan kedua terbaik dan tempat ketiga adalah SJKC Min Sin pasukan perempuan.

2bafcf15 a569 4435 9f5b 3ab2b30782dc
PASUKAN Perempuan dari SJKC Min Sin yang memenang tempat ketiga terbaik bagi Kategori Sekolah Rendah dalam pertandingan kawad tadi.
55efbc7e 16df 4221 92eb 27a9b6cf90f1
ACARA penyampaian piala kepada Ketua Platun Terbaik Kategori Sekolah Rendah di sini tadi.

Pada acara sama, komander SMJK Jit Sin dan SJKC Min Sin pasukan lelaki dinobat sebagai platun terbaik bagi kategori masing-masing.

Menerusi acara pertandingan kawad tersebut, Pegawai Penjaga Pasukan Bantuan Sukarelawan Daerah Seberang Perai Selatan BSMM Negeri Pulau Pinang, Lim Koh Chuan berkata bahawa pihaknya berharap dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat.

“Sebagai badan beruniform yang berdedikasi kepada bantuan kemanusiaan, pertandingan kawad kaki ini amat penting dalam membina keperibadian ahli-ahli.

“Selain itu, pertandingan ini juga membantu memupuk semangat kerjasama serta disiplin yang sangat diperlukan dalam aktiviti kemanusiaan.

“Saya berharap pertandingan seperti ini dapat mencungkil lebih banyak bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap aktiviti kokurikulum,” jelasnya kepada Buletin Mutiara sebentar tadi.

Di samping itu, Koh Chuan yang juga Pengerusi Pengelola Pertandingan Kawad Kaki 2024 turut merakamkan penghargaan atas penyertaan tujuh pasukan dari sekolah menengah dan sekolah rendah (6) dalam pertandingan kawan pada kali ini.

Sebelum itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Naib Pengerusi II BSMM Negeri Pulau Pinang, Chow Thian Pow atas sokongan penganjuran pertandingan kawad berkenaan.

Selain itu, Koh Chuan turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Unit Pusat Kokurikulum Negeri Pulau Pinang, Mohd. Shukri Shaari atas keizinan menggunakan kemudahan Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam tersebut sejak sejak awal pagi tadi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD