SMK Convent Butterworth, SJKC Yok Eng juara Anugerah Sekolah Hijau 2023

img 6762 WAKIL sekolah-sekolah yang menenangi Anugerah Sekolah Hijau 2023 merakamkan gambar kenang-kenangan dalam majlis berkaitan di Menara Bandaraya MBSP pada 13 Disember 2023

SEBERANG JAYA – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Butterworth dipilih sebagai johan Anugerah Sekolah Hijau 2023 bagi Kategori Sekolah Menengah, sementara Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yok Eng menang Kategori Sekolah Rendah.

img 6760
HENG Yeh Shiuan

Mewakili Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Ahli Majlisnya, Heng Yeh Shiuan menyampaikan hadiah berupa tunai RM2,000 serta sijil penyertaan kepada wakil kedua-dua sekolah berkenaan dalam majlis berkaitan di Menara Bandaraya dekat sini pada 13 Disember 2023.

Berucap sebelum itu, Yeh Shiuan memberitahu bahawa tujuan hakiki pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan menganjurkan program tahunan tersebut antara lain bagi mempergiat serta meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya pelajar berhubung kepentingan menjaga alam sekitar.

img 6764 img 6763Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Continental Automotive Components (Malaysia) Sdn. Bhd. selaku rakan strategik MBSP dan penaja utama Anugerah Sekolah Hijau ini sejak tahun 2010.

Buletin Mutiara difahamkan bahawa penganjuran Anugerah Sekolah Hijau pada kali ini menerima tajaan pelbagai pihak yang keseluruhannya berjumlah RM27,300.

Berikut adalah senarai pemenang anugerah pada kali ini:-

img 6765

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MBSP