Sokongan pelbagai pihak jayakan Penang Beach Carnival

BATU FERINGGHI – Sokongan padu dan tajaan pihak swasta berjaya menarik kira-kira 2,000 peserta untuk mengambil bahagian dalam penganjuran Penang Beach Carnival bertemakan ‘Ke Arah Komuniti Harmoni’ yang diadakan buat tahun keempat di sini baru-baru ini.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi dalam pada itu mengucapkan ribuan terima
kasih kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam menjayakan acara berkenaan.

‘’Terima kasih juga kepada penaja seperti Eastin Hotel, Sunquick, Guang Ming Daily, Rasa Sayang Resort and Spa Hotel dan Golden Sands Resorts atas tajaan masing-masing,” katanya pada Majlis Penutup Penang Beach Carnival di sini baru-baru ini.

Bersempena penganjuran tersebut, sebanyak 26 acara telah diadakan. Antaranya, larian 8 kilometer, memancing, fotografi, bola tampar pantai, futsal, bina badan, sukan tradisional, pertandingan mewarna , seni inai , pertandingan memasak, tarian tradisional, pertandingan kostum dan pelbagai lagi.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP), Datuk Ar. Patahiyah Ismail.

PARA peserta larian pantai bersemangat memulakan larian bersempena penganjuran Penang Beach Carnival di sini baru-baru ini.
PARA peserta larian pantai bersemangat memulakan larian bersempena penganjuran Penang Beach
Carnival di sini baru-baru ini.