Stok tong air laris, masih ada sebelum gangguan air berjadual 10 Januari ini

125d96c4 8a61 4e31 9a7a 49bb1827a788

KURANG dua hari dari sekarang, sebahagian besar penduduk Pulau Pinang bakal berdepan dengan gangguan bekalan air berjadual bermula 10 hingga 14 Januari ini.

 

 


Wartawan
Buletin Mutiara, WATAWA NATAF ZULKIHLI dan urufoto, LAW SUUN TING sempat melakukan tinjauan rambang mengenai penjualan tong simpanan air bagi menampung kegunaan harian dalam tempoh berkaitan.

f2232fbc b3d6 490b a38d 925331041067

Syarikat MY Flexitank Industries Sdn. Bhd. mengambil kesempatan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang sembilan unit tangki flexi di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri ini.

c12f1037 6b59 472d a437 87161fe06f6c

Pengurus Kanan MY Flexitank Industries, MOHD. FAIZAL AB RAHMAN memberitahu bahawa antara kawasan yang menerimasumbangan tersebut adalah di kawasan Parlimen Balik Pulau; Bayan Baru dan KADUN Kebun Bunga.

 

 

Setiap tangki flexi mampu mengisi 24,000 liter air, lima disumbang kepada Pejabat Parlimen Balik Pulau, masing-masing satu kepada Pejabat ADUN Kebun Bunga; Madrasah Ad-Durin, Minden Height, Perpadanan Pengurusan Rumah Pangsa Medan Tengku dan Surau Ubudiah Bukit Gedung.

 

 

Untuk perancangan masa depan, kami bercadang untukmengeluarkan tangki flexi 1,000 liter untuk kegunaan khas di dalam rumah bagi menghadapi kecemasan atau gangguan air berjadual seperti sekarang,” ujar Mohd. Faizal ketika dihubungi.

 

 

img 3740

Bagi MOHD. FIRDAUS SALEHUDDIN, beliau menjual tong simpanan air secara sambilan dan semakin laris sejak dua minggu lalu dekat ISM Global Jaya Enterprise.

 

 

“Alhamdulillah, sejumlah 200 tong berkapasiti maksimum200 liter habis dijual, semoga ia sedikit sebanyak membantu rakyat ketika berdepan gangguan bekalan air kelak,” jelasnya yang menjalankan perniagaan di Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini hari ini.

img 3728

Tinjauan di sebuah kedai runcit di Pantai Jerejak mendapati tong berkapasiti sederhana masih lagi dijual.

 

emilik, LEE TEONG LEE berkata stok yang ditempahnya juga laris, namun masih mempunyai stok sekiranya pengguna masih memerlukan.

 

img 3729

 

Di kedai perkakasan (hardware) di Jalan Sultan Azlan Shah, Sungai Nibong, premis ini menyediakan tong air bersaiz sederhana sehingga ke saiz 500 gelen.

 

 

“Dari tong kecil sampai tangki besar kami sediakan, besar(500 gelen) yang beli biasanya pemilik premis perniagaan, yang duduk rumah tong paling besar pun 200 liter sahaja,” kata salah seorang pekerja warga asing yang hanya mahu dikenali sebagai BAHADUR.

 

img 3731

Sebuah lagi kedai serbaneka dekat Teluk Kumbar masih menyediakan stok tong simpanan air bersaiz sederhana bersama-sama stok air minuman untuk kegunaan pengguna pada 10 hingga 14 Januari ini.

 

 

 

 

Pekerja yang mahu dikenali sebagai KHAIRA berkata, tong simpanan air di kedai majikannya masih mengekalkan harga berpatutan walaupun terdapat aduan di media sosial terdapat kenaikan harga mendadak.

 

 

“Stok masih ada, mungkin ada yang akan beli saat-saat akhir, kami menjual pada kadar berpatutan, lagi pun tidak elokrasanya kalau ambil kesempatan sebalik kesusahan orang ramai ketika ini,” katanya kepada wartawan Buletin Mutiara.

 


Sebelum
ini, Timbalan Pengarah Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri, A. Mogan memberi amaran sekiranya terdapat peniaga yang mengaut keuntungan berganda melalui penjualan tongsimpanan air.

 

 

Tegasnya, tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadapmereka sekiranya berlaku pelanggaran mengikut AktaKawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

 

 

Memang ada pegawai penguat kuasa memeriksa dan membuat pemantauan rutin setiap hari di pasar, kedai runcit, pasar raya dan pasar mini di lima daerah di negeri ini.

 

 

Sejak minggu lepas tumpuan turut diberikan terhadap premismenjual tong air serta air mineral bagi memastikan tidakberlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga,” katanya pada 5 Januari lalu.