Suburkan semula semangat rewang

PENAGA – Pemberian baju mentara wanita kepada kaum ibu di perkampungan Kuala Muda di sini adalah sebagai perangsang kepada golongan terbabit untuk meneruskan sikap kerjasama dan tolong-menolong dalam menjayakan sesuatu majlis atau keraian di sini.

Kenyataan tersebut dinyatakan Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Penaga, Rosidi Hussain pada majlis khas penyampaian satu set pakaian mentara wanita baru-baru ini.

“Semangat rewang di kawasan kampung masih kuat dan dengan adanya pakaian seragam, insyaAllah ia akan menguatkan lagi semangat untuk meneruskan tradisi zaman dahulu iaitu merewang.

“Di Penaga ini, kalau boleh kita mahu kekalkan dan pupuk semangat gotongroyong serta kejiranan terutama ketika keraian dan keramaian,” katanya.

Majlis tersebut turut memperoleh kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bakau Tua.

Terdahulu, Rosidi turut mengadakan lawatan di persisir pantai Kuala Muda untuk meninjau kawasan dikhuatiri menjadi sarang penagih bersama Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara, Jusni Ismail.

ROSIDI Hussain (dua dari kiri) menyampaikan pakaian mentara wanita pada majlis penyampaian khas di Bakau Tua, di sini baru-baru ini.
ROSIDI Hussain (dua dari kiri) menyampaikan pakaian mentara wanita pada majlis
penyampaian khas di Bakau Tua, di sini baru-baru ini.