PANTAI JEREJAK – Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato’ Mohd. Bazid Abd Kahar menyifatkan Karnival Sukan PDC mampu mempromosikan badan tersebut terhadap masyarakat.
Jelasnya, melalui sukan pelbagai objektif mampu dicapai termasuk mengeratkan hubungan bersama masyarakat luar, serta pihak berkepentingan dengan PDC.
“Melalui sukan kita boleh ‘jual’ PDC atau mempromosikan PDC, dan itu memang menjadi objektif kita untuk kembalikan kegemilangan PDC seperti masa lalu.
“Selain penyertaan pihak-pihak berkepentinggan seperti kilang-kilang, kita harap Karnival Sukan PDC 2019 ini dapat menarik minat masyarakat untuk menyertainya kerana kita sediakan pingat edisi khas sempena 50 tahun PDC kepada semua peserta,” ujar Bazid dalam sidang media Karnival Sukan PDC di bangunan PDC Bayan Baru baru-baru ini.
Tambahnya, ini merupakan karnival suka pertama yang menyediakan pingat kepada peserta walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut.
“Apa yang istimewa lagi, pingat ini juga merupakan diilhamkan melalui PDC sendiri, jadi ianya tidak boleh dapat di luar design macam ini,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Pengurus Besar PDC, Dato’ Ir. Yeoh Lean Huat, serta pengerusi-pengerusi acara sukan bagi karnival berkaitan.
Tiga sukan utama yang akan dipertandingkan pada karnival kali jni adalah Futsal (14 September), Bola Sepak (12 Oktober) dan Karom (2 November).
Bagi pertandingan bola sepak dan futsal hadiah wang tunai dari RM350 sehingga RM2,000 menanti pasukan yang berjaya.
Apa yang lebih menarik, peringkat separuh akhir dan akhir bola sepak akan dilangsungkan di Stadium Negeri Batu Kawan.
Manakala pertandingan karom yang menggunakan format beregu menawarkan hadiah dari RM150 hingaa RM4,000.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-3708628 atau 011-26737276.
Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI