Sukma ke-21: Dibarisi atlet baru tidak halang skuad petanque sumbang pingat emas

img 20240822 150236 248

SANTUBONG – Dibarisi atlet-atlet muda yang pertama kali membuat kemunculan di Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 tidak menghalang skuad petanque untuk menyumbang pingat emas kepada negeri Pulau Pinang.

Kilauan pingat emas itu hadir menerusi acara berpasukan campuran yang menampilkan Muhamad Aidil Zakri Junaidi, Muhamad Safwan Alif Abdullah dan Nur Erissya Najwa Mohd. Helmey.

Meskipun sedikit ketinggalan pada mulanya, ketiga-tiga atlet muda itu kemudian bangkit menewaskan pasukan Pahang dengan keputusan 11-5 dalam perlawanan yang berlangsung di Sarawak Petanque Centre dekat sini sebentar tadi.

img 20240822 150252 116img 20240822 150300 209img 20240822 150303 627img 20240822 150315 794

Jurulatihnya, Siti Asiah Zaini ketika ditemui Buletin Mutiara berkata kemenangan tersebut akan menjadi pembakar semangat untuk atlet menghadapi dua lagi baki perlawanan.

Katanya, semangat yang ditunjukkan oleh atlet petanque sangat luar biasa meskipun semua daripada merupakan muka baru dan belum mempunyai pengalaman bertanding di Sukma.

“Alhamdulillah untuk prestasi yang ditunjukkan oleh atlet hari ini yang boleh saya sifatkan sebagai pencapaian sangat membanggakan.

“Semua atlet hanya menjalani latihan dalam tempoh dua tahun sahaja tetapi masih berjaya mendapatkan pingat emas.

“Saya harap kejayaan hari ini dapat membangkitkan lagi semangat atlet untuk mengahadapi dua lagi perlawanan iaitu perbasukan lelaki dan berpasukan wanita,” katanya sambil menambah bahawa jurulatih juga turut dibarisi oleh muka-muka baru.

Terdahulu, skuad petanque turut menyumbanh satu pingat gangsa menerusi Muhammad Safwan Alif Abdullah dan Muhammad Aidil Zakri Junaidi dalam acara beregu lelaki.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI