Sukma ke-21: Emas ketujuh Pulau Pinang menerusi acara Kata berpasukan lelaki

img 20240818 wa0065

MIRI – Pergerakan kemas dan lincah atlet karate negeri, Dennis Lim Kai Xiang, Song Chan Zhen dan Yee Ming Qi dalam acara Kata berpasukan lelaki berjaya menghasilkan satu lagi pingat emas.

Pingat emas ketujuh Kontinjen Negeri Pulau Pinang itu hadir selepas mereka berjaya mengungguli acara tersebut dengan mengumpul 40.1 mata dalam acara yang berlangsung di Dewan Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) Miri, di sini sebentar tadi.

Turut berlangsung hari ini adalah acara Kata berpasukan wanita yang dibarisi oleh Tan Kengie, Ph’ng Lebin, Yee Qian Yu dan Yoo Shi Qin berjaya menewaskan Sabah dengan 38.3 mata sekali gus merangkul pingat perak.

img 20240818 wa0080

img 20240818 wa0067

 

Sementara itu, K. Keevan Raj pula menghadiahkan pingat gangsa menerusi kategori 75 kilogram (kg) lelaki selepas menewaskan pencabar dari negeri Sabah.

Semalam, Zhen Song turrut memenangi pingat emas pertama bagi skuad karate dan emas keenam untuk Pulau Pinang pabila berjaya menunjukkan aksi cemerlang dalam acara Kata individu lelaki.

Zheng Song yang berusia 21 tahun berjaya mengumpul 38.8 mata sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Perak.

Dalam pada itu, Ph’ng Lebin yang turut mengambil bahagian dalam acara Kata individu wanita mengakhiri cabaran dengan memperoleh pingat gangsa selepas mengutip 38.6 mata.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MSNPP