Sukma ke-21: Pulau Pinang menang emas gimnastik artistik berpasukan lelaki

img 20240821 211853 139

SERIAN – Pasukan gimnastik artistik Pulau Pinang berjaya memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 di sini sebentar tadi.

Pasukan Pulau Pinang yang dibarisi oleh Anson Yu Hang Tan, You Kai Chew, You Wei Chew, Kai Jack Liew, Kean Yong Neoh dan Wilson Wei Sin Yeoh berjaya mengumpul 275.950 mata.

Mereka menewaskan pencabar terdekat dari Johor yang meraih pingat perak selepas mencatatkan 272.925 mata, manakala pingat gangsa menjadi milik pasukan dari Sabah (272.850 mata).

Walau bagaimanapun, Pulau Pinang terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua dan meraih pingat perak dalam kategori “All round” individu lelaki menerusi Wilson Wei Sin Yeoh dengan catatan 71.625 mata.

img 20240821 211903 193img 20240821 211958 170

img 20240821 211943 458

img 20240821 211935 194

img 20240821 211917 004

img 20240821 211912 000

Emas bagi kategori ini menjadi milik atlet Johor, Muhammad Bariq Adif Mat Daud yang mencatatkan 73.375 mata, manakala gangsa diraih oleh Nor Adam Hazziq Nor Azaha dari Kelantan (71.100 mata).

Selain itu, Pulau Pinang turut meraih beberapa lagi pingat perak dan gangsa pada hari ini.

Sukan judo telah menyumbang dua pingat perak menerusi Frederic Yeap Zhangwei dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki di Dewan Sri Balau, UiTM Mukah.

Pada hari ini juga, sebanyak tiga pingat gangsa dikutip termasuk antaranya menerusi atlet berbasikal, Aaron Iman Kennedy dalam acara “downhill” selepas mencatatkan masa 01:57.695 saat.

Dua lagi gangsa hadir masing-masing menerusi atlet judo, Teoh Ke Ying bagi kategori 70kg wanita dan Elson Lee Chun Hong yang beraksi dalam acara 200 meter (m) gaya rama-rama dengan catatan 2:06.02 saat di Pusat Akuatik Pandelela Rinong dekat Kuching.

Setakat jam 9 malam ini, Kontinjen Pulau Pinang telah berjaya mengutip 17 emas, 22 perak dan 25 gangsa secara keseluruhan.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR