Sukma ke-21: Pulau Pinang sapu emas, perak acara lumba jalan kaki 10,000 meter

img 20240822 105751 510

KUCHING – Pulau Pinang sapu dua pingat dalam acara lumba jalan kaki 10,000 meter (m) lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-21 yang berlangsung di Stadium Sarawak sebentar tadi.

Atlet olahraga negeri, Sriven Tan berjaya merangkul pingat emas selepas mendahului semua pencabar dengan catatan masa 48:18.07 saat.

Rakan sepasukan, Mohammad Aiman Haikal Shahrudin mengakhiri perlumbaan di tempat kedua dan memperoleh pingan perak dengan catatan 48:23:69 saat.

Atlet dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Khor Jing Hong pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatatkan 48:54:29 saat.

img 20240822 102104 835

img 20240822 102113 200

img 20240822 105805 385

Ketika ditemui Buletin Mutiara, Sriven menyatakan rasa gembira apabila berjaya meraih emas dalam acara yang disasarkan.

“Namun begitu, saya masih perlu menambah baik tenik dan catatan masa kerana masa yang dicatatkan hari ini lebih perlahan berbanding Sukma sebelum ini.

“Keadaan cuaca hari ini agak baik tetapi hujan lebat pagi ini membuatkan pakaian dan badan menjadi basah, jadi saya hanya mahu akhiri perlumbaan dengan pencapaian yang baik.

“Saya ucapkan terima kasih kepada jurulatih, ibu bapa saya, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) kerana sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Aiman,16, berkata bahawa dia tidak menyangka dapat memenangi pingat emas pada penampilan pertamanya di Sukma.

“Terima kasih kepada ibu bapa serta jurulatih saya yang banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar.

“Dalam perlumbaan kali ini saya memberi perhatian kepada catatan masa kerana semasa latihan saya buat catatan 50 minit tetapi hari ini dapat lakukan 48:23.69 saat,” katanya sambil menambah bahawa sebelum ini dia merupakan atlet larian.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : SIEW CHIA EN