Sukma ke-21: Skuad sepak takraw berpasukan lelaki berjaya lolos ke suku akhir

img 20240815 wa0041

BINTULU – Skuad sepak takraw berpasukan lelaki Pulau Pinang berjaya lolos ke peringkat suku akhir selepas menumbangkan Perlis dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Muhibbah dekat sini sebentar tadi.

img 20240815 wa0042

Terdahulu, regu pertama Pulau Pinang yang dibarisi Ikhwan Syafiq Mohd. Fitri (tekong), Adi Syazmin Mohd. Zuriman Yadzri (apit kanan) dan Muhammad Danial Iman Basbullah (apit kiri) menghadirkan kegembiraan apabila berjaya menewaskan regu pertama Perlis dalam dua set (15-8; 15-12).

Walau bagaimanapun, regu kedua yang dibarisi Mohd. Imran Fazli (tekong), Muhammad Nabil Naufal Mohd. Fuad (apit kanan) dan Aiman Alif Roslan (apit kiri ) tewas dalam perlawanan tiga set (15-12; 9-15; 14-17).

Regu ketiga yang dibarisi Mohd. Asyraf Rose Zaidi (tekong), Ammar Nabil Shah Zolfitri (apit kanan) dan Mohd. Shauqi Mohd. Yusof (apit kiri) kemudian bangkit dan menewaskan regu ketiga Perlis dalam tiga set (15-9; 8-15; 17-16).

Semalam, mereka telah menewaskan pasukan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Brunei dengan mencatatkan keputusan masing-masing 2-1 dan 3-0.

Pasukan sepak takraw berpasukan lelaki Pulau Pinang kini menamatkan saingan di kedudukan teratas kumpulan C.

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MSNPP