SUKMA XV – kontinjen negeri lepasi sasaran pingat emas

Admin

GEORGE TOWNTahniah! Hasil komitmen tinggi para atlit negeri, sebanyak 32 pingat emas berjaya dipungut kontinjen Pulau Pinang melepasi sasaran 25 pingat emas pada Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Pahang baru-baru ini.

Secara keseluruhan, jumlah pungutan pingat adalah sebanyak 71 pingat iaitu 32 pingat emas, perak (18) dan gangsa (21) melayakkan Pulau Pinang berada pada tangga keenam terbaik negara.

Johan, Terengganu dengan 116 pingat, diikuti Selangor (157 pingat), Pahang (121 pingat) dan Sarawak (111 pingat).

KEPUTUSAN akhir SUKMA XV.
KEPUTUSAN
akhir SUKMA
XV.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, acara Karate menyumbang pingat emas terbanyak, iaitu lima pingat.

Mereka yang menyumbang pingat emas adalah Thor Chee Yee melalui kategori Kata Individu Wanita, Lim Chee Wei (Kata Individu Lelaku), Nur Eleena Aris Abd. Malik (Kumiye Wanita Individu Bawah 45 kilogram). Goh Chan Yit, Loh Chun Sheng dan Joshua Wong menyumbang pingat emas dalam acara Karate kategori Kaya Pasukan Lelaki.

Manakala, Celine, Yee Xin Yi, Khaw Yee Voon dan Thor Chee Yee pula menyumbang pingat emas dalam acara Karate kategori Kata Pasukan Wanita.

Acara lain yang menyumbang emas kepada kontinjen Pulau Pinang adalah gimnastik (1), akuatik (4), pencak silat (1), angkat berat (4), wushu (3), olahraga (2), sepak takraw (2), tenpin bowling (1), memanah (5), skuasy (2) dan tinju (2).