JAWI – Pemasangan 12 unit pendingin hawa di Dewan Besar Ibu Pejabat Polis Daerah Jawi adalah hasil sumbangan beberapa syarikat serta orang perseorangan, demi meningkatkan lagi infrastruktur kemudahan asas di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Jason H’ng Mooi Lye berkata, pihaknya menganggap sumbangan itu adalah simbol penghargaan rakyat kepada pihak polis yang selama ini komited memelihara keselamatan dan ketenteraman awam di Pulau Pinang.
“Sebenarnya, Kerajaan Pakatan Harapan adalah Kerajaan berjiwa rakyat yang senantiasa prihatin dan amat menitikberatkan soal-soal kebajikan serta keselesaan untuk para pegawai dan anggota polis.
“Maka, saya bersama-sama rakan di hadapan saya ini pun berusaha mendapatkan sumbangan luar seperti daripada syarikat-syarikat bermurah hati dan orang-perseorangan agar dewan ini dapat dilengkapkan dengan penghawa dingin,” katanya pada majlis sumbangan di sini berkaitan hari ini.
Terdahulu, pihak IDP Jawi memanjangkan hasrat untuk mendapatkan pendingin hawa kepada Jason H’ng.