Sumbangan 60,000 pelitup muka dan pensanitasi tangan untuk Kerajaan Negeri

Admin

TERIMA KASIH… Kerajaan Negeri hari ini menerima sumbangan pelitup muka dan semburan pensanitasi tangan daripada syarikat pemegangan pelaburan, Asas Dunia Berhad.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Urusan Asas Dunia Berhad, Datuk Jerry Chan kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Komtar.

Sejumlah 60,000 pelitup muka yang diiktiraf untuk kegunaan perubatan dan penjagaan kesihatan serta 800 botol semburan pensanitasi tangan diserahkan untuk disalurkan kepada barisan petugas perubatan.

Dalam pada itu, Kon Yeow sempat merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang sama ada orang-perseorangan mahupun syarikat-syarikat swasta yang sama-sama membantu Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan barisan hadapan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng dan Pengarah Eksekutif Asas Dunia Berhad, Chan Fook Sun.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI