Sumbangan ‘ang pow’ dan limau kepada golongan miskin

Admin

Oleh: ZULIANA AZIZ

BUTTERWORTH – Sebagai inisiatif untuk membasmi miskin tegar di negeri ini, Kerajaan Negeri Pakatan  Rakyat (PR) telah memperuntukkan sebanyak RM6.32 juta bagi membantu menambah pendapatan (top-up) golongan yang memperoleh kurang daripada RM420 kepada RM500 setiap bulan sejak tahun 2009.

Malah, pada tahun ini, jumlah tersebut dinaikkan kepada RM600 bagi mereka yang memperoleh pendapatan kurang daripada jumlah tersebut setiap bulan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian pada majlis penyerahan ‘ang pow’ kepada golongan kurang berkemampuan di hadapan Tong Tua Pek Gong, Kampung Baru, di sini baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri sambil ditemani Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Jermal serta beberapa orang ahli jawatankuasa tokong berkenaan.

Selain ‘ang pow’ dan buah limau yang diserahkan secara serentak, tetamu yang hadir turut disajikan dengan pelbagai hidangan bertujuan merasai nikmat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama golongan kurang berkemampuan.