Sumbangan “Back to School” ringankan beban pelajar memerlukan di KADUN Pantai Jerejak

Admin
img 20250201 wa0008

PANTAI JEREJAK – Seramai 107 orang pelajar memerlukan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak menerima sumbangan sempena program “Back To School” tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu meringan beban keluarga yang memerlukan menjelang sesi persekolahan baharu yang dijadualkan bermula pada 16 Februari ini.

img 20250201 wa0007img 20250201 wa0009

“Menjelang pembukaan sekolah pada pertengahan bulan ini, saya mengambil ruang untuk menyampaikan sedikit bantuan kembali ke sekolah buat adik-adik di KADUN Pantai Jerejak.

“Semoga dengan sumbangan ini mampu meringankan bebanan keluarga pelajar-pelajar khususnya menjelang sesi persekolahan yang bakal dibuka.

“Terima kasih pada para penyumbang termasuklah Nasmir Holdings, jasa anda semua akan dikira sebagai pahala dalam usaha-usaha kita membantu golongan yang memerlukan,” katanya yang juga Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi ketika menyampaikan sumbangan tersebut dekat Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong di sini pada 1 Februari lalu.

Hadir sama, barisan kelimpinan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam KADUN Pantai Jerejak; ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) Pantai Jerejak serta Pasukan Pusat Khidmat ADUN Pantai Jerejak.