Surat Kelulusan TOL diserah kepada 9 penduduk

Admin
SALAH seorang penerima Surat Kelulusan TOL, Hashim Ahmad (kanan sekali) menerima dokumen tersebut daripada Jusni Ismail (kiri sekali) sambil disaksikan Rosidi Hussain (dua dari kiri) dan Abd. Rashid Ibrahim (dua dari kanan) di sini barubaru ini.
SALAH seorang penerima Surat Kelulusan TOL, Hashim Ahmad (kanan sekali) menerima dokumen tersebut daripada Jusni Ismail (kiri sekali) sambil disaksikan Rosidi Hussain (dua dari kiri) dan Abd. Rashid Ibrahim (dua dari kanan) di sini baru-baru
ini.

SEBERANG JAYA – Atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan rakyat, sebuah Majlis Penyerahan Khas Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah diadakan di Dewan Orang Ramai Penaga, di sini baru-baru ini.

Seramai sembilan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Penaga hadir ke majlis tersebut yang disempurnakan oleh Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara, Jusni Ismail.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah telah mengadakan saringan dengan teliti saksama dan telus dalam memastikan hanya mereka yang layak mendapat lesen tersebut.

Lesen Pendudukan Sementara diberikan kepada penduduk yang terpaksa berpindah setelah tanah yang mereka tumpang diberikan kepada pihak ketiga.

Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Seberang Perai Utara, Abd. Rashid Ibrahim dan Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Penaga, Rosidi Hussaini.