Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
TELOK AYER TAWAR – Baru-baru ini bertempat di Surau Bagan Tambang, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Telok Ayer Tawar, Salehin Mohamed menyampaikan sumbangan komputer riba berserta projektor kepada pengurusan surau berkenaan di sini.
Menurut Salehin, sumbangan tersebut adalah bagi kegunaan Tadika Islam (TADIS) surau berkenaan.
“Sekurang-kurangnya, kini guru tadika boleh menggunakan komputer riba dan projektor bagi tujuan pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik.
“Kanak-kanak akan lebih cepat belajar melalui perkakasan interaktif dan diharap ianya dapat digunakan dengan sebaiknya
dalam mendalami ilmu-ilmu agama,” katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.
Sumbangan komputer riba dan projektor disampaikan kepada Pengerusi Surau Bagan Tambang, Mohamad Nor Bakar.