Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng antara ahli politik tanah air yang memberikan penghormatan akhir kepada mendiang Pengerusi MIC Pulau Pinang, Datuk P.K.Subbaiyyah.
Beliau turut merakamkan takziah ketika melawat keluarga mendiang di Taman Meranti, Bagan Azam di sini baru-baru ini.
Turut kelihatan di rumah mendiang, Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel.
Mendiang berusia 63 tahun, meninggal dunia kira-kira jam 5.30 pagi pada 18 April lalu selepas menerima serangan jantung ketika tidur.
Subbaiyah meninggalkan seorang isteri, Vallini serta dua orang anak, Gowri dan Ganesh.