Taman Kejiranan Lengkok Nipah, mesra warga emas pertama di Pulau Pinang  

Admin
img 2217

 

BATU UBAN – Taman Kejiranan Lengkok Nipah yang dijadualkan untuk dinaik taraf pada Oktober ini bakal menjadi taman mesra warga emas pertama di Pulau Pinang.

 

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata pembangunan tersebut akan dijalankan selepas mengambil kira populasi warga emas di Taman Lip Sin di sini.

 

“Saya amat mengalu-alukan projek ini kerana dianggarkan di kawasan ini terdapat kira-kira 50,000 penduduk tetapi tiada taman riadah yang khusus, terutamanya kepada golongan warga emas di sini.

 

“Jadi selepas perbincangan dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), mereka bersetuju untuk naik taraf taman ini supaya lebih mesra warga emas dan merupakan yang pertama seumpamanya di Pulau Pinang dan mungkin juga di dalam negara.

 

“Asalnya kawasan ini memang taman untuk riadah tetapi akibat kurang penyelenggaraan lokasi ini tiba-tiba ditukarkan menjadi kawasan parkir.

 

img 2221

“Walaupun pelaksanaan projek ini akan menyebabkan kehilangan 50 kawasan parkir tetapi bagi saya tidak mengapa kerana kita lebih fikirkan 50,000 orang penduduk di kawasan ini,” ujar Tze Tzin dalam sidang media sempena lawatan tapak di sini kelmarin.

 

Turut hadir, Ahli Majlis MBPP, Chan Soon Aun dan wakil-wakil daripada persatuan komuniti setempat.

img 2208

Difahamkan, kerja-kerja yang dijangka bermula Oktober ini akan mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan.

img 2225

“MBPP juga akan melantik pihak konsultan untuk jadikan taman kejiranan seluas 0.9 ekar ini khas dan memudahkan warga emas untuk melakukan aktiviti gaya hidup sihat.

 

“Pelbagai kemudahan untuk senamrobik, kawasan lapang, permainan catur dan mereka juga boleh datang ditemani cucu, itulah konsep yang kita cuba bangunkan dan dengan harga yang berpatutan,” katanya lagi.

 

Teks & Gambar: WATAWA NATAF ZULKIFLI