Taman Negeri Bukit Panchor bakal ada dewan serbaguna

Admin
MANSOR Othman (tiga dari kiri) meneliti risalah Taman Negeri Bukit Panchor sambil ditemani Maktar Shapee (empat dari kiri), Ng Wei Aik (tiga dari kanan), Mohd. Kamil Abu Bakar (kiri sekali), Rohani Hassan (kanan sekali) dan Rozali Mohamud (dua dari kiri) di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (tiga dari kiri) meneliti risalah
Taman Negeri Bukit Panchor sambil ditemani
Maktar Shapee (empat dari kiri), Ng Wei Aik
(tiga dari kanan), Mohd. Kamil Abu Bakar (kiri
sekali), Rohani Hassan (kanan sekali) dan Rozali
Mohamud (dua dari kiri) di sini baru-baru ini.

NIBONG TEBALDalam usaha mengembalikan status Taman Negeri Bukit Panchor Dalam salah satu destinasi pelancongan yang sebelum ini terjejas ekoran penularan virus laptospirosis (kencing tikus), Kerajaan Negeri bakal menjalankan projek berskala sederhana dengan membina sebuah dewan serbaguna untuk kemudahan masyarakat umum di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, pembinaan dewan yang dirancang di hadapan pintu masuk hutan lipur tersebut adalah bagi memudahkan aktiviti riadah para pengunjung seperti bina semangat, kem motivasi, sukan dan sebagainya.

Dalam pada itu, Mansor turut menyatakan bahawa ‘projek’ mengembalikan pengunjung ke Taman Negeri Bukit Panchor adalah usaha bersama Kerajaan Negeri dengan Jabatan Perhutanan.

“Kadar kedatangan pengunjung perlu ditingkatkan bagi memanfaatkan projek yang bakal dijalankan di sini,’’ katanya ketika mengadakan lawatan ke Taman Negeri Bukit Panchor bersempena Program Mesra Rakyat di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Maktar Shapee dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Mohd. Kamil Abu Bakar, Pegawai Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan, Rohani Hassan dan Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai, Rozali Mohamud.