PERMATANG PASIR – Keresahan para penduduk berhubung masalah pencerobohan haiwan liar di sekitar tanah perkuburan Islam Masjid Bukit Indera Muda bakal berakhir hasil tindakan pantas Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan terbabit.
Peka dengan masalah tersebut, ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man telah mengambil keputusan untuk membina pagar konkrit bagi mengelakkan haiwan-haiwan liar seperti khinzir, anjing, memerang dan ular daripada mencerobohi kawasan berkenaan. Pada masa sama, turut membimbangkan adalah keselamatan kanak-kanak yang bermain di kawasan berkenaan.
Inisiatif tersebut adalah hasil lawatan beliau bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Masirah Che Ani, beberapa pegawai daerah dan wakil penduduk setempat.