Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEPALA BATAS – Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon mengadakan lawatan kerja ke Tapak Arkeologi Guar Kepah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga di sini.
Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Saodah Nawawi turut menyertai lawatan kerja tersebut.
Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak diberi taklimat prosek ekskavasi di tapak warisan dunia itu di bawah kendalian Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia (USM).
“Ini (Tapak Arkeologi Guar Kepah) adalah tidak ternilai kerana dari maklum balas yang diterima mendapati telah ada lima pentarikhan yang kesemuanya sekitar 5,000 hingga 6,000 tahun dahulu,” ujar beliau di sini baru-baru ini.
Mewakili Kerajaan Negeri, beliau menyambut baik hasrat USM untuk membangunkan pelancongan penyelidikan di kawasan bersejarah tersebut.