Tech Dome pupuk minat STEM, rai 120 murid sempena Aidilfitri

Admin
bec0a793 a96e 45fb 93a6 6fe5ceccaa1a

GEORGE TOWN – Program Hari Raya anjuran Tech Dome Pulau Pinang merupakan bukti bahawa kekuatan sains bukan hanya dalam membentuk dunia tetapi juga dalam memberi ilham terhadap masa depan pelajar.

41b42042 49a0 4b9b ad55 344103368033
TAN Boon Heng.

Ketika berucap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Lee Boon Heng berkata bahawa sains merupakan asas kemajuan dalam meneroka batasan pengetahuan manusia.

“Hari ini, kita bertuah kerana Tech Dome Pulau Pinang menyediakan ruang yang dinamik dalam merapatkan jurang di antara teori dan amali serta mengagumi penemuan-penemuan baharu.

“Justeru, diharapkan melalui program hari ini, murid-murid berupaya menyemai rasa ingin tahu melibatkan komuniti dalam dialog serta mendorong semangat pembelajaran sepanjang hayat.

“(Dan) melalui usaha ini juga kita dapat memupuk masyarakat yang menghargai pembuatan keputusan berasaskan bukti, pemikiran kritis serta inovasi,” ujarnya semasa menyempurnakan majlis berkenaan sebentar tadi.

cb51c384 a0f8 47d6 8c20 68760221333f
TAN Boon Heng (tengah) sedang meneliti teleskop yang menampakkan pemandangan Komtar.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tech Dome Pulau Pinang, Khoo Boo Wooi, wakil Ahli Parlimen Tanjong, Por Cheng Han serta barisan guru dan murid sekolah.

Tambah Boon Heng, program berkenaan mampu memberi inspirasi kepada murid-murid untuk melanjutkan pelajaran dan karier masa depan dalam bidang-bidang berkaitan STEM iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

9996708c 2d27 4c71 a8cb bbc89f66cdd9

05edf030 1743 41b2 b97d 2edff1b3b2ba
ANTARA aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang Program Hari Raya sebentar tadi.

Difahamkan, seramai 120 murid terlibat dengan pengisian aktiviti berbentuk pembelajaran secara praktikal serta persembahan menarik sepanjang Program Hari Raya di Tech Dome Pulau Pinang sehingga tengah hari ini.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT