Tekanan air Kampung Bukit pulih, PBAPP pasang pam dan naik taraf paip

5fe48db6 8f8f 4859 9628 1496caa1b6e0

AIR ITAM – Projek pemasangan pam serta penggantian paip-paip bergaris pusat di Kampung Bukit, Paya Terubong bernilai RM638,434.89 memberi kelegaan kepada 63 pengguna berdaftar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang, projek oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang itu sekali gus memulihkan tekanan di Kampung Bukit yang tinggi.

“Projek ini bertujuan menangangi masalah tekanan air rendah terutamanya melibatkan rumah yang terletak di kawasan tinggi yang memerlukan sistem pengepaman air.

 

“Sebenarnya sejak mejadi ADUN lagi peduduk sudah membuat aduan, lepas itu kita mengadakan perbincangan ‘memujuk’ PBAPP untuk bantu penduduk di sini sebab kita tahu bekalan air adalah tanggungjawab utama PBAPP.

“Projek ini sebenarnya telah siap lebih daripada dua bulan, kita memantau operasi pam baharu ini dari segi operasi dan jelas ia tidak mengalami masalah, penduduk pun rasa lega dengan keadaan semasa,” ujar Soon Siang ketika mengadakan lawatan ke pam baharu PBAPP dekat Kampung Bukit, Paya Terubong semalam.

784b0fac 235f 490a bce7 7e870129448e

Turut hadir, Penghulu Kawasan Bukit Gelugor, Nasrizal Nasib dan wakil PBAPP.

Difahamkan projek yang mengambil masa 11 bulan itu turut merangkumi turapan semula jalan masuk ke Kampung Bukit.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD