GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengadakan sesu temuduga terbuka penyewaan gerai di Pasar Kompleks Tapak Penjaja pada 20 Oktober ini.
Ahli Majlis MBPP, Nicholas Theng Jie Wey berkata, proses pendaftaran untuk sesi temuduga tersebut akan dilakukan secara dalam talian (online) sahaja dan tiada walk-in pendaftaran akan diterima pada tarikh tersebut.
“Memandangkan situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), para pemohon yang telah berdaftar secara dalam talian akan dijemput secara berperingkat.
“Ia adalah bagi meminimumkan kontak dan pergerakan sosial dalam memutuskan rantaian pandemik ini, di mana para pemohon akan menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pada 19 Oktober 2020 (Isnin).
“Justeru, setiap pemohon wajib mengemukakan nombor telefon yang tepat agar pihak Majlis dapat menghantar mesej kepada pihak anda.
“Manakala, bagi pemohon yang mempunyai masalah dan kemudahan untuk berdaftar secara dalam talian, mereka boleh walk-in atau menghubungi Bahagian Pelesenan dan kakitangan akan membantu anda untuk mendaftar di dalam talian,” ujarnya pada sidang media di sini sebentar tadi.
Hadir sama barisan Ahli-ahli Majlis MBPP.
Difahamkan, bagi sesi temuduga kali ini, bilangan lokasi yang dibuka adalah sebanyak 13 dengan jumlah kekosongan (96).
Pendaftaran secara dalam talian boleh dilakukan melalui http://elesen.mbpp.gov.my mulai 12 hingga 18 Oktober 2020.
Manakala untuk sebarang bantuan pendaftaran boleh walk-in ke Pejabat Pelesenan atau hubungi 04-2638818 sambungan 307/308/309/310 pada tempoh yang sama.