Tender Pasar Awam Batu Kawan bakal dibuka Disember, fasa 1 BKIP 3 siap 2026

a736739c e7d1 4efb 868d 73c2ed77e834

BUKIT TAMBUN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memaklumkan bahawa tapak Pasar Awam Batu Kawan seluas 7.7 ekar di Bandar Cassia kini dalam proses rawatan tanah sebelum tender dijangka dibuka Disember ini.

Beliau berharap, pasar awam pertama di Batu Kawan bernilai RM60 juta (termasuk naik taraf jalan) itu dapat disiapkan mengikut masa ditetapkan untuk kemudahan penduduk sekitar.

ddfe2365 5e71 4c06 8e9a fe826698dbfc

“Projek dijangka mengambil masa 24 bulan, dan saya harap dapat disiapkan cepat sebab sangat diperlukan di sini yang mana ia merupakan pasar awam pertama di Batu Kawan.

“Kini, penduduk banyak bergantung kepada jualan-jualan barangan perlu di rumah-rumah kedai dan premis kediaman yang ditukar guna tanpa kelulusan.

“Apabila rawatan tanah siap, kontraktor akan dilantik, maka pembangunan pasar awam, kompleks penjaja serta kedai-kedai boleh dimulakan seawal tahun 2025,” ujarnya ketika melawat tapak pembangunan Pasar Awam Batu Kawan dekat Jalan Batu Kawan di sini petang tadi.

3de0684b c33e 446f 9ee5 61b680573257

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Dato’ Aziz Bakar; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Teh Chuann Yien dan barisan kepimpinan badan berkaitan kerajaan (GLC) berkaitan.

Kesempatan sama, Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan turut meluangkan masa melawak tapak projek Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3).

a85aac82 ce8b 465a a8b9 79aeb58d6df9

Difahamkan, BKIP 3 bakal menyediakan 200 plot tapak bagi pelabur berminat untuk melabur di Pulau Pinang.

“Fasa 1 (BKIP 3) dijangka siap pada tahun 2026, sekarang kita masuk peringkat pemasaran di samping kerja-kerja infra yang sedang dilaksanakan, saya harap ia mampu menjadi lokasi baharu untuk menawarkan kepakaran-kepakaran serta pelaburan untuk mendirikan kilang di sini.

“Sama dengan Taman Teknologi Batu Kawan (BKTP), kita khususkan industri berteknologi tinggi supaya ia akan kukuhkan lagi rangkaian ‘supply chain’ yang mana banyak ekosistem industri dapat dikukuhkan terutamanya melibatkan industri yang masih tidak ada di sini.

e3148152 1e7f 450d 9783 3b7807803abc

“Semua kerja-kerja mengikut jadual yang ditetapkan, kerja-kerja  pemasaran pun sudah mula, ini tindakan agresif PDC dalam menyediakan tanah-tanah industri untuk keperluan masa depan,” ulasnya merangkap Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi.

Kon Yeow turut berharap PDC terus memainkan peranan agar Pulau Pinang sentiasa bersedia menyediakan keperluan tanah untuk pelaburan di masa depan serta tidak menghadapi kekangan tanah.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIA EN

Video : ALISSALA THIAN