Terima bantuan RM3,000 selepas rumah dihempap pokok

Admin
img 9093 LIM Guan Eng (dua dari kiri) diiringi Nur Afnan Zakaria (kanan sekali) menyantuni Teh Joo En (dua dari kanan) dan isteri di kediaman mereka di sini menjelang tengah hari tadi (6 Mei 2024).

 

AIR ITAM – Sepasang suami isteri menerima bantuan membaik pulih semula rumah berjumlah RM3,000 apabila sebahagian kediaman mereka dekat Lorong Cantik 2 di sini mengalami kerosakan akibat dihempap pokok durian dalam kejadian kira-kira 1 pagi 4 Mei lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM2,000 disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Lim Guan Eng kepada Teh Joo Ee, 55, ketika lawatan beliau ke kediaman mangsa menjelang tengah hari tadi.

Baki RM1,000 lagi adalah daripada Tabung Bencana TYT Pulau Pinang yang disampaikan oleh Penghulu Daerah Timur Laut, Nur Afnan Zakaria.

“Keseluruhan jumlah bantuan yang disampaikan kepada pasangan suami isteri ini adalah RM3,000.

“Saya berharap bantuan ini sedikit banyak dapat membantu mereka membaik pulih bahagian rumah yang musnah dihempap pokok pada Sabtu lepas,” jelasnya kepada Buletin Mutiara.

Teks & Gambat : ZAINULFAQAR YAACOB