Terima kasih polis jaga keamanan DUN P. Pinang – KM

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng merakamkan penghargaan kepada polis kerana berjaya mengawal keselamatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, ekoran insiden ahli-ahli UMNO mencerobohi dan mencemarkan kemuliaannya di sini baru-baru ini.

Justeru, Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berharap tindakan undang-undang secara tegas diambil terhadap pihak terbabit menghina kemuliaan dewan, sebagaimana usul tergempar yang telahpun disetujukan.

“Tapi, kita mahu minta juga tindakan yang tegas kepada mereka yang terbabit,” ujarnya pada sesi penggulungan di sini baru-baru ini, sebagai respons pada celahan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid.

Jahara yang juga ADUN Telok Ayer Tawar sebelum itu mendesak Guan Eng menyatakan pendirian Pembangkang menuntut ADUN Sri Delima, R.S.N Rayer juga memohon maaf secara terbuka.