GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu, Dato’ Rosli Isa pada awal pagi ini.
Difahamkan, kunjungan berkaitan merupakan platform rasmi pertama kedua-dua barisan kepimpinan Kerajaan Negeri itu mengadakan pertemuan empat mata.
Pelantikan Rosli sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2023 bagi menggantikan Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Rosli sebelum ini pernah bertugas di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sebagai Ketua Setiausaha kementerian dan dilantik sebagai Anggota Pihak Berkuasa di Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI Gambar : ALISSALA THIAN