The TOP tawar selera kampung Set Mangkuk Tingkat pada harga berpatutan

img 5770
GEORGE TOWN – Pihak The TOP mengajak orang ramai yang tercari-cari lokasi berbuka puasa sekitar bandar raya George Town untuk mencuba masakan selera kampung, Set Mangkuk Tingkat di Restoran Umi Tingkat 5.
6fccdad7 2e8d 4600 ad6b bb6f873caf60
Menurut Pengurus Besar The Top, Geace Teoh, set tersebut diperkenalkan khas sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.
“Set ini didatangkan dengan harga berpatutan, RM99 untuk dua orang dan RM195 untuk empat orang.
“Menu yang disediakan bagi set ini adalah kari kambing, ikan siakap Baba Nyonya, ayam goreng berempah, kerabu dan cucur udang.
img 5768
“Selain itu, kami juga sediakan bubur lambuk, puding kurma, buah-buahan potong dan minuman sejuk, pakej yang kami sediakan ini sudah cukup lengkap bagi mereka yang ingin berbuka puasa di sini,” jelas Grace Teoh kepada Buletin Mutiara ketika memperkenalkan Set Mangkuk Tingkat semalam.
img 5766
Makanan yang disajikan sememangnya lazat, tambahan pula dimasak oleh chef berpengalaman, Yusry Tan.
Dengan pembelian Set Mangkuk Tingkat, anda juga layak mendapat tiket percuma ke TOP Boutique Aquarium.

Untuk tempahan boleh hubungi nombor yang tertera seperti berikut, 017 – 912 2210 (Andy),017 – 289 0877 (Iz) 013 – 238 4363 (Zhaf) dan

013 – 501 0141 (Fatin).
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD