Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri tidak pernah berhasrat menutup terus Nasi Kandar Line Clear, tetapi, mahu ia diurus oleh pemegang lesen yang sah sahaja.
Demikian, tegas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada sidang media khas di sini baru-baru ini.
Beliau mengulas sedemikian ekoran langkah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menyerbu serta mengosongkan Line Clear sekitar jam 4 pagi baru-baru ini susulan mendapati pengendalinya berniaga tanpa lesen berwajib bagi tahun 2015.
“Tindakan penguatkuasaan MPPP itu aadalah berdasarkan Undang-Undang Kecil Penjaja 1979, dan saya pun tidak faham mengapa perkara ini telah bertukar menjadi satu isu yang menghentam Kerajaan Negeri.
“Kerajaan Negeri tiada minat untuk mencampuri isu perbalahan keluarga ini dan biarlah ia diputuskan oleh mahkamah saja,” tegas Guan Eng di sini baru-baru ini.
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, Dato’ Patahiyah Ismail (Yang di-Pertua MPPP) dan Ir. Ang Aing Thye (Setiausaha Perbandaran, MPPP) serta Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff turut menyertai sidang media tersebut.
Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang mana-mana operasi perniagaan yang mengikut peraturan atas sentimen kaum atau agama sebagaimana digambarkan pihak pembangkang Pulau Pinang, apatah lagi seperti warung Line Clear berusia lebih 60 tahun dan menjadi salah satu ikon pelancongan makanan di negeri ini.
} else {