Tiada kesan sisa pembuangan LRA Bukit Toh Alang ke Sungai Kulim, Zairil kongsi perhatian PBAPP

Admin
ZAIRIL Khir Johari

GEORGE TOWN – Perhatian yang dibuat Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapati bahawa sisa pembuangan Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Toh Alang tidak mempunyai kesan terhadap air di Sungai Kulim yang dipam dekat Rumah Pam Mak Sulung.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata demikian sebagai menjawab Soalan Lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Muhamad Fauzi Yusoff yang juga Ketua Pembangkang Pulau Pinang dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 27 November 2023.

Di samping itu, Zairil yang juga ADUN Tanjung Bunga turut menjelaskan hal persediaan Kerajaan Negeri Perpaduan Pulau Pinang dalam menghadapi fenomena ‘El Nino’ termasuk memastikan Kerajaan Persekutuan melaksanakan Fasa 2C projek Pembesaran Empangan Mengkuang yang membolehkan penyaluran air mentah sebanyak 1000 juta liter ke LRA Sungai Dua.

“Dengan adanya penyaluran 1000 juta liter air dari Empangan Mengkuang, LRA Sungai Dua dapat membekalkan air bersih seperti biasa sekiranya berlaku krisis pada musim kemarau.

Selain itu, Zairil memberitahu bahawa Kerajaan Negeri hari ini akan terus mengadakan rundingan bersama dengan Kerajaan Negeri Perak untuk memastikan Projek Air Perak-Pulau Pinang
dapat dilaksanakan dengan segera sebagai penyelesaian jangka masa panjang untuk memenuhi permintaan air yang tinggi sehingga Tahun 2050 bagi Negeri Pulau Pinang dan Utara Perak.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR