Tiada sebarang kesilapan ejaan pada pingat PBIM – Exco

Admin
img 3253

GEORGE TOWN – Tiada sebarang kesilapan ejaan pada pingat Penang Bridge International Marathon (PBIM) 2023 bagi Half Marathon, tegas Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai.

 

 

Beliau berkata, ini berikutan hanya syarikat Emico Penang Sdn. Bhd. sahaja yang telah dilantik bagi mencetak pingat PBIM sejak 10 tahun lalu.

 

 

“Selama berada di lokasi PBIM semalam, tiada sebarang aduan diterima termasuk aduan rasmi melalui e-mel dan media sosial.

 

 

“Sekiranya kesilapan ini benar-benar berlaku, saya percaya lebih ramai akan kemukakan aduan kepada pihak saya.

 

img 3254

“Apa yang dapat kita lihat lebih kepada ‘kesilapan visual’ apabila pingat ini disengetkan ia akan kelihatan seperti huruf ‘N’, sebenarnya tidak berlaku pada cetakan tersebut,” ujarnya pada sidang media dekat Komtar di sini sebentar tadi.

 

 

Belia demikian sebagai menjawab laporan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina yang tular di media sosial yang mendakwa bahawa terdapat kesalahan ejaan bagi perkataan December pada pingat PBIM yang didakwa dieja sebagai ‘Decenber’.

 

 

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Emico Penang Sdn. Bhd., Vincent Tan.

 

img 3255

Pada sidang media itu juga, pihak Emico turut membawa gambar contoh acuan yang digunakan untuk menempa pingat PIBM tahun 2023 bagi membuktikan tiada kesalahan ejaan seperti didakwa.

 

 

Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong memberitahu bahawa pihaknya sehingga kini tidak menjumpai pingat salah cetak secara fizikal seperti dilaporkan.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT