Tiga projek ban pantai JPS persiapan hadapi fenomena air pasang besar

Admin
8038e2dc f686 4f71 9cac 724980ce3b3d KETUA Menteri (tengah) dan beberapa pemimpin Kerajaan Negeri lain seusai lawatan tapak projek pembinaan dan penambahbaikan ban pantai di Bagan Ajam, Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini pada petang tadi.

TELUK AIR TAWAR – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Persekutuan dan Pulau Pinang sedang melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan ban pantai sepanjang 1.5 kilometer (km) di persisir pantai Bagan Ajam, Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

a980405c 9dc8 4e45 870f 37ef135dab9a
MOHD. Nazri Yasmin

Selain projek itu, Pengarah JPS Negeri, Mohd. Nazri Yasmin berkata bahawa terdapat dua lagi projek mitigasi iaitu membina ban pantai sepanjang 2.3km di Pantai Byram, Nibong Tebal, Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan ban pantai sepanjang 4.0km di pantai Mak Mandin, Juru, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

“Hasil usaha Kerajaan Negeri (Pulau Pinang), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan (sejumlah RM12.14 juta) untuk tiga projek untuk Pulau Pinang yang melibatkan kawasan Daerah SPU, SPS dan SPS.

“Tujuan pelaksanaan ketiga-tiga projek ini adalah untuk melindungi kawasan penduduk, harta benda dan infrastruktur berkaitan daripada risiko limpahan air masin (laut) di sepanjang kawasan penempatan penduduk serta pertanian (dekat persisir pantai),” jelasnya dalam sesi taklimat kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow di sini pada 19 Oktober 2024.

Menurut beliau, kerja-kerja mitigasi banjir berkaitan telah dilaksanakan sejak awal tahun ini dan dijangka siap pada tahun depan atau 2026.

353808c7 4e44 4237 88fc b4c09f6ca79e
KETUA Menteri

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi menyatakan bahawa pihaknya berharap ketiga-tiga projek tersebut dapat mengurangkan risiko bencana air pasang besar dan hakisan di negeri ini, kelak.

“Saya berharap lebih banyak projek seumpama ini dapat dilaksanakan di Pulau Pinang (iaitu) bahagian pulau dan Seberang Perai demi melindungi (kawasan penempatan penduduk dan pertanian) daripada fenomena air pasang besar dan hakisan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasang Kota merangkak Ahli Parlimen Batu Kawan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Zulkifli Long dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid turut sertai lawatan berkaitan sebagai persiapan menghadapi fenomena air pasang besar berserta angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung termasuk Pulau Pinang dalam beberapa hari sehingga 20 Oktober ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD
Video : AHMAD ADIL MUHAMAD