Tindakan mitigasi segera setelah punca pencemaran selut dikenal pasti

0b1f573f 4dbc 45f5 8adb 852da7eec9ed

GEORGE TOWN – Pihak SRS Consortium akan mengambil tindakan mitigasi pada kadar secepat mungkin setelah punca mendakan selut Pantai Esen di Permatang Damar Laut diketahui kelak.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata bahawa SRS Consortium telah mendapatkan khidmat nasihat syarikat hidrolik dan biologi bagi mengenal pasti punca pencemaran selut dan bau busuk yang terjadi baru-baru ini.

a5186b00 5442 4dbd b209 de2064dd377a

“Selepas saya panjangkan kepada SRS Consortium, merujuk kepada jawapan diterima, mereka telah membuat lawatan dua kali bersama JAS (Jabatan Alam Sekitar) dan telah mengambil sampel untuk menentukan apakah sebab-sebab perkara ini berlaku.

ec73c6ac 87f9 4071 b8bf 13784624879e

“Mereka juga akan dapatkan bantuan konsultant hidraulik dan biologi untuk mendapat tahu sebab ia berlaku,” ujarnya dalam sidang media di sini sebentar tadi.

Sebagai tindakan segera, Kon Yeow memberitahu bahawa SRS Consortium turut menghantar pekerja-pekerja untuk membersihkan pantai berkaitan.

ec73c6ac 87f9 4071 b8bf 13784624879e

“(Dan) setelah medapat tahu (punca), mereka akan mengambil tindakan-tindakan mitigasi yang sesuai bagi menyelesaikan isu tersebut,” ujarnya.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING

Video : SITI NURATIKAH RAHMAT