Tinjauan : Masih ada pengunjung tidak tahu taman rekreasi awam ditutup sementara sempena PKP 2.0

Admin

MASUK hari keempat pelaksanaan semula dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bermula pada 13 Januari hingga 26 Januari, Buletin Mutiara membuat tinjauan umum di tempat-tempat rekreasi awam.

Selaras dengan perintah Majlis Keselamatan Negara di peringkat Kerajaan Persekutuan, empat lokasi taman eko rimba di bahagian tanah besar Seberang Perai, Negeri Pulau Pinang turut ditutup sepenuhnya.

Empat taman eko rimba tersebut di Cherok Tok Kun, Daerah Seberang Perai Tengah, SPT iaitu di sini; juga Taman Eko Rimba Bukit Panchor (Jawi, Daerah Seberang Perai Selatan SPS), dan Hutan Pelajaran Air Itam Dalam (Sungai Dua, Daerah Seberang Perai Utara, SPU).

NOTIS penutupan sementara pada pagar utama Taman Eco Rimba Cheruk Tok Kun di sini pada pagi tadi.

Menurut rakan bertugas, Foong Chee Yin, yang membuat tinjauan di bahagian Pulau, Taman Eco Rimba Teluk Bahang dekat Daerah Barat Daya turut ditutup sepenuhnya.

Tinjauan sejak jam 7.30 pagi tadi di sini mendapati masih ada pengunjung berkenderaan dan berjoging di luar kawasan Taman Eko Rimba Cheruk Tok Kun.

Salah seorang responden yang ditemui memberitahu bahawa beliau sekeluarga memang tidak tahu bahawa sepanjang tempoh PKP 2.0 sekarang, hanya aktiviti kayuhan basikal dan berjoging sahaja dibenarkan.

Menurut operasi piawaian standard (SOP) PKP 2.0, aktiviti riadah seperti kayuhan basikal dan berjoging yang dibenarkan hanya di taman perumahan, bukannya di tempat awam seperti itu.

KELIHATAN pengunjung mendaki jalan alternatif berhampiran kawasan rekreasi awam Taman Eko Rimba Cheruk Tok Kun di sini pada awal pagi tadi.

Sementara itu, tinjauan juga mendapat hampir 20 orang pengunjung memilih untuk mendaki bukit di atas tanah persendirian berhampiran apabila mendapati ada dinaikkan notis penutupan sepenuhnya Taman Eco Rimba Cherok Tok Kun sehingga 26 Januari depan.

Salah seorang responden memberitahu bahawa beliau tahu mengenai penutupan sementara taman rekreasi awam tersebut, namun memilih untuk menggunakan jalan pendakian alternatif ke puncak bukit di sini atas tujuan rutin riadah harian.

Diingatkan, jika seseorang didapati bersalah kerana melanggar SOP PKP 2.0, layak diberikan kompaun maksimum RM1,000 bagi tiap-tiap kesalahan.

Kali pertama, Kerajaan Persekutuan mengumumkan PKP pada 18 Mac 2020, dengan tujuan memutuskan semua rantaian perebakan virus COVID-19.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD