Tinjauan : Wakil rakyat buat persiapan awal hadapi gangguan bekalan air, aktiviti niaga dibimbangi terjejas

img 7203 GAMBAR beberapa sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Perai, S. Sundarajoo pada Khamis lepas lagi menurunkan tangki-tangki tambahan di perkarangan Dewan Orang Ramai Taman Chai Leng, Perai untuk diagihkan di kawasan-kawasan dijangka terjejas di sini.

PERBADANAN Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan rancangan gangguan air berjadual selama 72 jam bermula 6.00 pagi pada 10 Januari 2024 nanti.

Kerja-kerja penukaran dua injap paip sebesar 1,200 milimeter (mm) dekat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua serta kerja-kerja pembaikan lain di 22 lokaliti lain di seluruh negeri ini dijangka mengambil masa selama 24 jam, kemudian barulah proses pemulihan air dapat dilaksanakan secara sehala atau linear.

img 7204
S. Sundarajoo

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Dato’ Seri S. Sundarajoo yang juga Exco Perumahan dan Alam Sekitar memberitahu bahawa sejumlah 30 unit tangki telah disediakan untuk membantu penduduk Perai yang terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan air nanti.

“Saya menyediakan 10 tangki air bergerak, sementara 20 lagi tangki tambahan disumbangkan oleh Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri merangkap Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi).”

“Walaupun Perai serta kawasan-kawasan sekitar Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) bukanlah kawasan hujung rangkaian paip agihan (EoL) yang bakal mendapat air semasa proses pemulihan nanti, Pusat Khidmat Rakyat ADUN Perai tidak pernah memandang mudah proses pemulihan air yang terpaksa dihadapi oleh penduduk terutama di kawasan kediaman jenis bertingkat (rumah pangsa) dan tempat-tempat yang selama ini mengalami tekanan air rendah,” jelasnya sambil merakamkan penghargaan atas persiapan dari segi penerangan awam serta logistik berkaitan yang dilakukan oleh pihak PBAPP sejak 8 Disember tahun lepas lagi.

Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kon Yeow atas sumbangan 500 karton air untuk diagihkan kepada pengguna yang terjejas di sekitar Perai.

img 7206
PHEE Syn Tze

ADUN Sungai Puyu, Phee Syn Tze pula memberitahu bahawa setakat ini sejumlah 30 tangki air bergerak dengan kapasiti 1,000 liter disediakan di kawasan-kawasan yang dijangka terjejas lebih dari 48 jam.

Itu, menurutnya lagi, tidak termasuk sokongan logistik tambahan daripada Persatuan Bomba Sukarela (PBS).

“Tangki air simpanan yang kami sediakan akan ditempatkan di 16 lokasi yang ditetapkan dan akan diuruskan bersama oleh tujuh MPKK (Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Sungai Puyu.

“(Bagi kawasan kediaman jenis rumah pangsa pula), Badan Pengurusan Bersama (JMB) akan membantu dari segi menyelaras dan mengagihkan air secara adil kepada penduduk, maka, orang ramai boleh berkumpul di lokasi yang ditetapkan (jika memerlukan air nanti).

img 7205
PHEE Syn Tze (berdiri, kiri) bersama-sama mantan ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh sedang mengadakan menyuarat penyelarasan logistik termasuk penyediaan tangki-tangki air bergerak di sekitar KADUN Sungai Puyu di sini tadi.

Jelas beliau lagi, bekalan air yang disediakan tersebut sesuai untuk kegunaan selain minum dan memasak.

“Kami berharap semua orang dapat menyimpan air yang mencukupi untuk memasak dan minum sebelum bekalan air terganggu kelak,” jelasnya lagi.

img 7207
MUHAMMAD Fauzi Yusoff

Paling penting, bagi ADUN Sungai Dua, Muhammad Fauzi Yusoff pula, sepanjang proses pemulihan air nanti PBAPP seharusnya memastikan bekalan air untuk aktiviti perniagaan makanan adalah mencukupi.

“Sungai Dua mungkin akan mendapat air paling cepat berbanding kawasan hujung rangkaian paip agihan (EoL) lain, jadi bekalan air kalau terganggu pun dalam tempoh 24 jam dan tidak sampai 48 jam jika kerja-kerja pembaikan paip PBAPP mengikut jadual perancangan mereka.

“Walaupun begitu, saya mendapat maklum balas daripada peniaga-peniaga makan sekitar Sungai Dua supaya tangki-tangki tambahan perlu disediakan di kawasan-kawasan mereka demi memastikan operasi perniagaan tidak terjejas.

“Sebagai Ketua Pembangkang Pulau Pinang, saya berharap persiapan logistik seperti persiapan tangki bergerak dan lori tangki yang disediakan oleh PBAPP dan Pihak Berkuasa Negeri dilakukan secara adil di kawasan-kawasan EoL yang diwakili wakil rakyat pembangkang, seperti di KADUN Pulau Betong dan Teluk Bahang di Balik Pulau dan KADUN Sungai Bakap (dekat Seberang Perai Selatan, SPS),” jelasnya sambil merakamkan penghargaan kepada pihak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PBAPP, K. Pathmanathan atas segala usaha demi memastikan bekalan air terawat negeri ini terus terjamin.

8814245e 5ee9 42bf b213 9dded8d23048
GAMBAR di LRA Sungai Dua, yang mana salah satu injap paip 1,200 milimeter (mm) di sini yang bocor serta akan diganti baharu pada 10 Januari 2024 nanti.

Seusai mendapatkan maklum balas sekalian wakil rakyat berhubung persiapan awal menghadapi rancangan gangguan bekalan air berjadual di kawasan masing-masing, wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB bersama-sama jurugambar, NOOR SITI NABILAH NOORAZIS turut membuat tinjauan di beberapa kawasan hujung rangkaian paip agihan (EoL) dekat Daerah SPS.

Walaupun tinggal beberapa hari sebelum rancangan gangguan bekalan air berjadual akan dilaksanakan, tinjauan umum mendapati tidak ada langsung kedai ‘hardware’ di sekitar pekan Sungai Bakap dibuka pada hari ini bagi penduduk tempatan membuat persiapan akhir seperti membeli tangki air bergerak untuk premis masing-masing.

Mungkin rata-rata penduduk lokal turut membuat persiapan berwajib awal, seperti yang sedang diusahakan oleh sekalian wakil rakyat Pulau Pinang.

15eb8f11 717b 478e 95e6 fd258038c1a4
REDZUAN Zakaria

Seorang pengusaha kedai makan di tengah-tengah pekan lama Sungai Bakap, Redzuan Zakaria, 48, memberitahu bahawa kemungkinan penduduk lokal memang tahu bahawa PBAPP akan melaksanakan rancangan gangguan bekalan air berjadual mulai 10 hingga 14 Januari 2024, tetapi telah ‘terbiasa’ dengan keadaan tekanan air rendah di premis masing-masing selama ini.

“Boleh dikatakan di semua premis masing-masing mungkin telah ada tangki air yang cukup untuk kegunaan 48 jam atau lebih, kerana selama ini pun memang mereka tahu kawasan mereka berada di kawasan hujung rangkaian paip agihan (EoL) serta mengalami tekanan air yang terlalu rendah.

“Seperti di warung makan kami, dalam sehari dua (selepas rancangan gangguan bekalan air berjadual bermula 10 Januari nanti), tiada masalah.

“Kami memang ada sedia tangki air kecemasan, hari kedua (11 Januari 2024) mungkin terpaksa jual makanan secara bungkus sahaja, kalau nak jimat air dan nak terus meniaga seperti biasa sehingga proses pemulihan air selesai (pada 14 Januari 2024),” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mungkin kerugian harian sekitar RM2,000 jika tidak berniaga seperti biasa.

“Saya mula menjual kuih kuih, air, nasi campur dan sebagainya seawal 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan hasil jualan kasar saya setiap hari sekitar RM2,000; kalau tidak berniaga, mungkin sejumlah itu lah saya tak dapat untuk bayar gaji pekerja dan sewa kedai, utiliti dan sebagainya di sini,” jelasnya lagi.

Selain itu, beliau berharap PBAPP dapat menghantar bantuan logistik secukupnya di kawasan empat tinggalnya yang selama ini memang berasa dalam kawasan EoL, iaitu di Mukim 5 Sungai Bakap.

“Mukim 5 Sungai Bakap iaitu tempat tinggal sahaja memang ada masalah; selama ini mengalami tekanan air terlalu rendah seperti di kawasan-kawasan lain juga – di Sungai Duri, Kampung Changkat Dain, Taman Widuri dan sebagainya.

“Dalam keadaan PBAPP tak buat rancangan gangguan bekalan air berjadual pun, kawasan ini memang mengalami masalah tekanan air terlalu rendah, bayangkan keadaan kami di sini nanti semasa proses pemulihan air jika tiada langsung bantuan logistik tambahan disediakan sebelum 10 Januari 2024,” jelasnya lagi.

67d22ceb dbb5 4d65 a188 b7f7b0e96415Nada hampir sama turut dikongsi oleh seorang usahawan dalam sektor ‘cuci-cuci’ kenderaan di KADUN Sungai Bakap, Mohd Salahuddin Abdul Razak, 48.

“Pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, tiap-tiap hari kami memang menerima pelanggan untuk basuh 40 hingga 50 buah kereta; kalau cuci kenderaan sahaja tanpa perkhidmatan lain, pendapatan kasar lebih RM500 sehari.

“Selama 25 tahun buka kedai cuci kenderaan di terminal bas Pasaraya Pasifik (dekat KADUN Perai), pasca COVID-19 – tahun lepas baru memindahkan operasi di Sungai Bakap, kita memang ada sedia tiga tangki air tambahan 1,000 gelen kerana tahu kawasan di sini tekanan air rendah.

b8a1b326 a18f 444e b703 ae77d628c12a

ba2e3e7c 52a0 44ed 9f2f acd3d3c41347“Gaji pekerja mesti bayar seperti biasa, tidak dapat tidak operasi basuh kereta terpaksa jalan seperti biasa; kalau hari pertama bekalan air di tangki kami habis, mungkin pada hari berikutnya terpaksa tangguh perniagaan dan sebagainya.

“Kalau dah tiga empat hari (gangguan bekalan air), memang terjejas…gaji berjalan sahaja, operasi terganggu,” jelasnya lagi sambil merakamkan penghargaan kepada Buletin Mutiara.

END