Titi usang bahaya murid ke sekolah dapat perhatian

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TASEK GELUGOR – Titi usang di Taman Sepadu Fasa Dua, di sini yang menjadi laluan alternatif murid-murid ke Sekolah Menengah Bakti mendapat perhatian Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Ahli Majlis bagi MPSP, Ahmad Tarmizi Abdullah dalam reaksi spontan berkata, pihaknya telahpun menghubungi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) demi memohon satu titi baru demi keselamatan penduduk setempat.

“Titi kayu ini nampak cukup usang dan mungkin menunggu roboh…sangat bahaya untuk anak-anak kita ke sekolah.

“Saya akan menghubungi JPS untuk memaklumkan hal ini serta minta tindakan segera,” ujarnya pada Majlis Gotong-royong Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat di sini baru-baru ini.

Program tersebut merupakan kendalian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Tasek Gelugor yang turut dihadiri Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Permatang Berangan, Arshad Md. Salleh.
Beliau berkata, MPSP akan memulakan kerja-kerja membersihkan parit di kawasan mudah banjir di sekitar Taman Sepadu Fasa Dua pada hujung bulan ini.
Sebelum itu, seorang lagi Ahli Majlis bagi MPSP, Francis Ong Koon Liak turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Pasukan Peronda Sukarela (PPS) setempat.

Ahmad Tarmizi Abdullah (barisan depan, berbaju putih) dan Francis Ong Koon Liak (barisan depan, tengah) bersama-sama sukarelawan setempat pada Majlis Gotongroyong Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat di sini baru-baru ini.
Ahmad Tarmizi Abdullah (barisan depan, berbaju putih) dan Francis Ong Koon Liak
(barisan depan, tengah) bersama-sama sukarelawan setempat pada Majlis Gotongroyong
Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat di sini baru-baru ini.
AHMAD Tarmizi Abdullah menghubungi pihak JPS selepas meninjau keadaan titi kayu usang yang mengundang bahaya kepada para pelajar yang melintasinya.
AHMAD Tarmizi Abdullah menghubungi pihak JPS selepas meninjau keadaan titi kayu
usang yang mengundang bahaya kepada para pelajar yang melintasinya.