TKM I lancar kempen tanam pokok SPT

Admin

 

MANSOR Othman (empat dari kanan) menyiram pokok yang baru ditanam bersempena Kempen Tanam Pokok Peringkat SPT baru-baru ini.
MANSOR Othman (empat dari kanan) menyiram pokok yang baru ditanam bersempena Kempen Tanam Pokok Peringkat SPT baru-baru ini.

 

 

SEBERANG PERAI TENGAHTimbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman melancarkan Kempen Tanam Pokok Peringkat Seberang  Perai Tengah (SPT) di atas 72,000 kaki persegi tanah milik Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Pelancaran tersebut, katanya, merupakan kesinambungan pada kempen  “Hijaukan Bumi Pulau Pinang”  yang dilaksanakan sebelum ini supaya rakyat di negeri perindustrian itu boleh terus menikmati kelestarian alam sekitar.

Untuk menjadi negeri paling maju di rantau ini, tak cukup kita (Pulau Pinang) mempunyai prasarana perindustrian yang maju, kita (Pulau Pinang) perlu juga ada kualiti alam sekitar yang lestari.

Kalau boleh, kempen (tanam pokok) yang akan dilaksanakan oleh MPPP ini perlu dapat penyertaan  rakyat sendiri secara sukarela dan budaya ini perlu digerakkan bersama,” ujar Mansor di perkarangan tanah lapang berhampiran Balai Polis Seberang Jaya, di sini.

Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkata, budaya lestari alam sekitar itu tidak mungkin berjaya melainkan memerlukan perubahan paradigma semua pihak.

Kita kena ubah cara fikir kita, tak cukup dengan kempen atau kuat kuasa undang-undang. Ubah cara fikir kita macam rakyat di negera-negara maju (iaitu) jaga alam sekitar dianggap satu ‘status yang mulia’ dalam masyarakat.”

Budaya tanam pokok di rumah (serta) kampung halaman kita wajar dianggap sebagai  suatu  ‘status yang mulia’  dalam diri kita masing-masing seperti rakyat di negera-negera maju,” beliau menambah.

Dalam pada itu, Mansor turut memuji usaha agresif JPS memulihara sungai di negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dengan menggunakan teknologi moden seperti  “Effective Mudball”  atau  “bola lumpur yang digunakan untuk nyah sampah”  bagi merawat air sungai di negeri ini.