SUNGAI DUA – Rentetan dari kebaran sebuah kediaman di Merbau Kudung, Sungai Dua, Timbalan Ketua Menteri I (TKM I), Dato’ Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman meluangkan masa melawat tiga keluarga malang terbabit semalam.
Dalam lawatan tersebut Zakiyuddin turut menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga terlibat.
“Hari ini saya ada sampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga-keluarga terlibat, bantuan susulan akan diusahakan oleh Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.
“Bantuan tersebut akan diusahakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah bagi Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dalam memudahkan urusan membantu mereka yang terlibat,” ringkas beliau kepada pemberita dalam lawatan tersebut.
Antara mangsa terlibat adalah Mohd. Najib Ramli, 41 tahun bersama isteri Shahanim Din serta dua anak dan dua keluarga warga asing dari Myanmar dan Indonesia.
Rumah kembar berkembar separa batu dan papan itu dipercayai musnah dalam masa 15 minit sahaja dalam kejadian pagi 5 Januari lalu.
Sebelum itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat SPU turut memberikan bantuan awal bencana berupa tilam, bantal, selimut, tikar, kain pelikat, kain batik, kain tuala dan kit bencana.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : ADUN