Tokoh industri perkilangan dinobat gelaran Datuk

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN – Tuan Yang Terutama Negeri (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas memperkenan menganugerahkan pingat kehormatan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk kepada dua tokoh industri perkilangan di Anjung Mutiara di sini baru-baru ini.

Presiden Agilent Technologies Malaysia & Singapura (Agilent), Datuk Gooi Soon Chai adalah antara penerima yang menerima anugerah kehormat berkenaan. Turut menerima, Pengerusi Lembaga Eksekutif B. Braun, Datuk Heinz Walter Grobe.

Soon Chai yang mula menyertai Agilent pada 1985 adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (kehormat kelas pertama) dalam bidang Kejuruteraan  Elektrik dan Elektronik dari Universiti London dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dari Kolej Imperial London.

Beliau bertanggungjawab dalam memenuhi pasaran dan rantaian bekalan dengan memimpin rantaian operasi di semua kumpulan
perniagaan syarikat di dalam bidang elektronik pengukuran, analisis kimia, sains hayat serta genomik.

Turut hadir, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait. Manakala, Heinz seorang pemegang Ijazah di dalam bidang Pengurusan Perniagaan mula melibatkan diri bersama-sama syarikat pembekal peralatan dan ubat-ubatan bertaraf dunia, B. Braun pada tahun 1978.

Pada April 2005, beliau dilantik sebagai Lembaga Eksekutif B. Braun Melsungen AG dan Naib Pengerusi dari tahun 2009 hingga 2011.

HEINZ Walter Grobe (kiri) dan Gooi Soon Chai masing-masing mengucapkan tahniah di atas penganugerahan pingat DSPN yang membawa gelaran Datuk di Anjung Mutiara di sini baru-baru ini.
HEINZ Walter Grobe (kiri) dan Gooi Soon
Chai masing-masing mengucapkan tahniah
di atas penganugerahan pingat DSPN yang
membawa gelaran Datuk di Anjung Mutiara
di sini baru-baru ini.