JASA DIKENANG…. Bagi mengenang jasa serta pengorbanan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan wang sempena sambutan Aidilfitri kepada kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan di sini baru-baru ini.
Pemberian tahunan tersebut adalah sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap perjuangan PDRM dan ATM dalam menjamin serta mengekalkan tahap keselamatan di negeri serta negara ini.
PDRM diwakili Ketua Polis Negeri yang baru, Datuk Abd. Rahim Hanafi, manakala, ATM diwakili Zulkapri Rahman. Majlis penyampaian sumbangan bernilai RM10,000 (setiap satu) disempurnakan Ketua Menteri.
Hadir sama Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.