Trafik sesak, UEM minta maaf

GEORGE TOWN – Pemaju, UEM Builders Bhd. secara terbuka memohon maaf kepada seluruh warga Pulau Pinang kerana pelaksanaan projek Kerajaan Pusat membina ‘special span’ sejak 17 Ogos lalu mengakibatkan “krisis kesesakan trafik” yang teruk hingga menggamit amarah pengguna jalan raya terhadap Kerajaan Negeri.

“Kami dari pihak UEM ingin memohon maaf atas kesesakan lalu lintas yang luar biasa, yang berlaku pada hari pertama pelaksanaan lencongan trafik,” kata Pengurus Projek UEM, Ahmad Fauzi Ali pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, Guan Eng mengumumkan pembukaan jalan berwajib seperti biasa, dengan kerja-kerja berisiko tinggi  diberhentikan serta-merta dalam satu tempoh yang akan ditetapkan Negeri.

“Kita (Kerajaan Negeri) nak menekankan betapa pentingnya proses (pemajuan) itu, ia hendaklah selamat mengikut piawaian keselamatan antarabangsa… menjamin kelancaran trafik pengguna jalan raya,” tegas Guan Eng.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);