Trek laluan basikal di Pulau Aman

Admin

GEORGE TOWN – Trek laluan basikal yang teratur dan selamat untuk kegunaan riadah bakal disediakan sebagai salah satu produk baru bagi memantapkan sektor pelancongan Pulau Aman di sini.

Cadangan tersebut dinyatakan dalam ucapan penggulungan Exco Pelancongan dan Kebudayaan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lanchang, Law Heng Kiang pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-12 di sini baru-baru ini.

Katanya,  rancangan penambahbaikan di Pulau Aman akan dijalankan secara berperingkat bagi melihat dan menilai impak bagi setiap inisiatif yang dilaksanakan.

“Dengan penyiapan projek Jambatan Kedua tidak lama lagi, Kerajaan Negeri menjangkakan peningkatan pengunjung ke Pulau Aman.

“Program-program homestay yang terdapat di Pulau Aman boleh diperkemaskan bagi memberi pengalaman menarik kepada pelancong luar negara terutamanya,’’ katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, Heng Kiang memberitahu, Kerajaan Negeri juga merancang untuk menyediakan bot pelancong yang sesuai untuk membawa pelancong dari Jeti Batu Musang ke Pulau Aman.

SPEAKER DUN, Datuk Abdul Halim Hussain (kiri sekali) sambil ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus (depan, tengah) menerima kunjungan delegasi luar negara yang mengadakan lawatan khas.
SPEAKER DUN, Datuk Abdul Halim Hussain (kiri sekali) sambil ditemani Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Farizan Darus (depan, tengah) menerima kunjungan delegasi luar negara yang mengadakan
lawatan khas.